KITAB
Uyub Al-Nafsi wa Dawaa’uha (KITAB PENYAKIT NAFSU DAN PENAWARNYA)
Oleh Imam Abu Abdul Rahman Al-Sulamiy (325H-412H)
Muqaddimah
Saya telah diminta oleh
beberapa orang syeikh r.m.h agar dapat menyusun satu kitab yang membicarakan
perihal yang bersangkutan dengan jiwa dan nafsu manusia serta perkara-perkara
yang tersirat berhubung dengannya. Saya cuba untuk menyumpurnakan permintaan
ini. Lali saya susun satu buku yang berkaitan dengan ini. Saya memohon kepada
Allah agar mengurniakan keberkatanNya. Semuanya saya tulis setelah mendapat
jawapan yang positif daripada solat istikharah yang saya lakukan. Hanya Allah
sahaja yang membalasnya dan Dia jugalah sebaik-baik Pelindung. Selawat dan
salam kepada Nabi Muhammad s.a.w., keluarganya dan para sahabat.
Firman Allah SWT yang
bermaksud,
“…. Sesungguhnya nafsu manusia
itu sangat menyuruh kepada kejahatan ….”
(Surah Yusof : 53)
Firman Allah SWT yang
bermaksud,
“…. serta ia menahan dirinya
dari menurut hawa nafsu.”
(Surah al-Nazi’ah : 40)
Firman Allah SWT yang
bermaksud,
“Dengan yang demikian
bagaimana fikirannu(wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa
nafsunya tuhan yang dipatuhinya ….”
(Surah al-Jathiyah : 23)
Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran
yang merakamkan tentang kejahatan nafsu serta sedikitnya kecenderungan nafsu
kepada kebaikan. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith
baginda:1
Yang bermaksud, “Bala bencana,
hawa nafsu dan syahwat telah diadun sebati dengan tubuh Adam.”
Penyakit Pertama
Ia menyangka bahawa ia telah
berjaya mengetuk pintu ketuhanan dengan berbagai-bagai zikir dan amal ketaatan.
Pintu itu memang terbuka tetapi laluan untuk rujuk kepada Allah di dalam jiwa
ditutupnya, disebabkan oleh banyaknya dosa-dosa yang telah dilakukan.
Kata Ibn Masruq, pada suatu
hari Rabia’ah al-Adawiyah3 telah lalu dimajlis Soleh al-Murra, lalu Soleh
berkata, “Siapa yang berterusan mengetuk pintu ketuhanan Allah akhirnya ia akan
dibuka,” lalu dijawab oleh Rabia’ah al-Adawiyah, ” Pintu itu terbuka tapi kamu
lari daripadanya. Bagaimanakah kamu boleh sampai kepada matlamat perjalanan
sekiranya kamu tersalah jalan sejak dari langkah yang pertama lagi?
Bagaimanakah seseorang hamba itu dapat membebaskan dirinya daripada pengaruh
jahat nafsunya sedangkan ia sentiasa dikuasai oleh syahwat? Atau bagaimanakah
seseorang itu mampu membebaskan dirinya daripada kongkongan hawa nafsu
sedangkan ia tidak menegah dirinya daripada melakukan dosa-dosa?”
Kata al-Sulamiy, Ibn Abu
Dunya4 berkata, para ahli hikmah berkata, “Janganlah kamu meletakkan harapan
yang tinggi untuk mendapat kejayaan menuju Allah sedangkan dirimu diselaputi
dosa.”
Rawatannya ialah sepertimana
kata Sarij al-Saqati,5″Hendaklah kamu sentiasa menurut jalan hidayah,
mempastikan segala pemakanan bersumber daripada yang halal serta menyempurnakan
ketakwaan kepada Allah.”
Penyakit Kedua
Apabila ia menangis maka
hilanglah rasa dukacitanya dan ia berada di dalam keadaan senang hati.
Rawatannya ialah dengan
sentiasa melazimi perbuatan menangis berserta perasaan dukacita oleh kerana
dosa yang ia lakukan sehingga ia tidak berhajat kepada keinginan untuk
bersenang hati. Oleh itu apabila seseorang diuji oleh Allah dengan perasaan
dukacita, ia tidak akan menangis dengan sebab dukacita itu, bahkan ia akan
merasa senang hati dan bergembira jika tangisan itu lahir daripada rasa takut
kepada Allah kerana dosa yang dilakukannya. Sesiapa yang menangis kerana
dukacita maka tangisan itu akan menambahkan lagi beban dukacita yang
ditanggungnya.
Penyakit Ketiga
Apabila ia ditimpa mudarat ia
akan mengadukannya kepada kuasa yang tidak mampu merungkai mudharat tersebut.
Bagitu juga, dia akan meletakkan pergantungan harapannya kepada sesuatu yang
tidak akan mampu memenuhi harapannya. Ia juga berhempas pulas dan menumpukan
perhatian sepenuhnya mencari rezeki sedangkan rezekinya telah dijamin oleh
Allah.
Rawatannya ialah dengan
memperbetulkan keimanan dengan menyakini sepenuhnya firman Allah s.w.t. :
Yang bermaksud, “Dan jika
Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa
pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia(Allah); dan jika Ia
menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan
dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada
sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, …
Firman Allah s.w.t. lagi:
Dan tiadalah sesuatupun dari
makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung
rezekinya …
Hakikat yang telah dinyatakan
oleh ayat-ayat tersebut adalah sangat jelas bahawa semua makhluk Allah itu
bersifat lemah. Di suatu sudut yang lain, semua makhluk memerlukan bantuan
daripada pihak lain untuk menyempurnakan kehidupannya. Bagaimanakah orang yang
memerlukan bantuan untuk memenuhi kehidupannya mampu untuk mengisi keperluan
hidup orang lain. Oleh itu apabila seseorang itu ternyata lemah serta tidak
berkemampuan nescaya dia tidak akan dapat memperbaiki orang lain. Jadi dia
perlu memperbetulkan salah faham ini dan hendaklah bergantung kepada Allah
secara mutlak.
Penyakit Keempat
Dia telah mengabaikan hak-hak
tertentu yang wajib ke atasnya, sedangkan sebelumnya dia telah melaksanakan
hak-hak tersebut. Pengabaian ini lebih tercela apabila seseorang itu langsung
tidak ambil peduli terhadap kecuaian dan kelalaian itu. Ia akan menjadi sangat
tercela apabila seseorang itu tidak menyedari kelalaiannya. Keadaan ini akan
menjadi lebih dahsyat apabila seseorang itu menyangka bahawa kehidupan agamanya
sempurna walaupun keadaan dirinya penuh cuai.
Hal ini berlaku kerana ketika
ia melaksanakan hak-hak yang dituntut ke atas dirinya itu, sifat syukur yang
ada di dalam dirinya kepada Allah sangat sedikit. Apabila semakin berkurangan
sifat syukur di dalam dirinya, lalu kedudukan seseorang itu akan ditukar oleh
Allah daripada menghayati dan menjunjung perintahNya kepada makam lalai dan
cuai. Akhirnya seseorang itu akan terhijap daripada dapat melihat kelemahannya
bahkan lebih dahsyat lagi, dia akan menganggap kejahatan dan dosa yang
dilakukannya sebagai kebaikan. Hal inilah yang ditegaskan oleh Allah dalam
firmanNya:
Yang bermaksud, “Maka
(fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh
Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik,?”
(Surah Fathir : 8)
Rawatannya ialah sentiasa
rujuk kepada Allah dalam segala hal serta melazimi zikir-zikir tertentu,
membaca Al-Quran, berhati-hati dan teliti dalam sumber rezeki dan makanan
dengan mempastikan yang halal, memelihara kehormatan dan maruah umat Islam,
serta memohon doa daripada auli’a Allah agar melalui doanya itu Allah akan
memeliharanya daripada kelemahan dan kesalahan yang telah disebutkan sebelum
ini, disamping Allah akan membukakan hijab untuknya melaksanakan ketaatan
kepada Allah.
Penyakit Kelima
Dia mentaati perintah Allah
tetapi tidak dapat mencapai kemanisan di dalam melaksanakan perintah itu. Hal
ini berlaku kerana amal ketaatannya itu telah bercampur baur dengan unsur-unsur
riya’ dan tidak disertai dengan keikhlasan serta tidak menurut sunnah di dalam
amalan.
Rawatannya ialah dengan
melatih jiwa supaya ikhlas di dalam amalan, menuruti sunnah di dalam setiap
perbuatan dan amalan serta memperbetulkan seluruh asas kehidupan supaya
kesudahannya menepati kehendak kebenaran.
Penyakit Keenam
Dia mengharapkan dirinya
mendapat balasan kebaikan setelah mendapati tanda kebaikan itu wujud pada
dirinya. Sekiranya ia dapat mencapai kebaikan itu nescaya orang yang jiwanya
hampir kepada Allah akan bermasam muka dan merasa malang dengan kehadirannya.
Hal ini pemah disebutkan
kepada sebahagian daripada para salaf, “Apakah pendapatmu terhadap (Seseorang
yang bertahan makamnya di dalam dunia kesufian di antara dua makam)?” Lalu
dijawab, “Aku pernah menyaksikan pelbagai golongan seperti itu. Kalaulah bukan
kerana aku pernah menjadi seperti mereka, nescaya aku akan memohonkan keampunan
daripada Allah untuk mereka. Beginilah bentuk perjalanan (jiwa yang hidup).
Rawatannya ialah hendaklah
diketahui sekiranya Allah mengampunkan dosa-dosa mereka sedangkan Allah
menyaksikan dan mengetahui bahawa keampunan yang dianugerahkannya itu akan
ditukar ganti oleh mereka itu dengan melakukan dosa dan maksiat. Oleh itu
hendaklah kita merasa malu kepada Allah dan sentiasa sedar terhadap kejahatan
diri sendiri. Hal ini dinyatakan oleh al-Fudail bin ‘Iyad6, “Alangkah kejinya
perbuatan kamu itu walaupun kamu merasakan ianya sesuatu yang baik. Ini adalah
kerana kamu telah mendahului ilmu Allah di dalam urusan tersebut.” Kata
Al-Sulamiy, Yahya bin Muaz7 berkata, “Berlapar itu dianggap sebagai makanan
kerana dengan berlapar itu Allah akan memperkuatkan tubuh badan para siddiqin.”
Penyakit Ketujuh
Jika kamu ingin membina dan
menyuburkan kehidupan akhirat kamu, terlebih dahulu hendaklah kamu mematikan
keinginan terhadap (keseronokan) kehidupan duniawi. Kamu tidak akan dapat
berdampingan dengan Allah sehingga kamu mematikan keinginan nafsu kamu kepada
perkara-perkara yang keji.”
Hal ini disebut oleh Yahya Bin
Mu’az, katanya “Sesiapa yang menghampirkan diri kepada Allah dengan hati yang
mendalam, Allah akan memelihara jiwanya daripada godaan nafsu. Cara menguasai
hawa nafsu itu ialah melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya, kerana
nafsu itu selama-lamanya tidak akan tunduk kepada kebenaran.”
Rawatannya ialah berjaga malam
untuk beribadat, berpuasa, melaksanakan kewajipan yang tidak disukai oleh nafsu
serta menghalang daripada pengaruh syahwat yang berbagai-bagai.
Penyakit Kelapan
Nafsu itu selama-lamanya tidak
akan melahirkan kebenaran. Hal ini kerana amal ketaatan itu berlawanan dengan
kehendak nafsu, bahkan akan lahirlah pula pertentangan yang lebih banyak
apabila seseorang itu patuh mengikut kehendak hawa nafsu dan syahwat.
Rawatannya ialah keluar daripada kongkongan nafsu itu secara keseluruhan
kemudian kembali kepada Allah secara mutlak. Al-Sulamiy berkata, “Abul Qasim
al-Basri berkata di Baghdad; Ibn Bazdan telah ditanya, “Atas dasar apakah
seseorang itu keluar menuju kepada Allah?”
Katanya,”Keluar di atas dasar
dia tidak akan kembali semula ke tempat asalnya, serta dia akan memelihara dan
menumpukan seluruh perhatiannya kepada Allah.” Abul Qasim al-Basri berkata,
“Hal itu hanya melibatkan pencarian orang yang telah menemui hakikat ketuhanan
Allah”
“Bagaimana pula keadaan orang
yang masih belum menemui hakikat itu?” Jawabnya, “Kemanisan iman yang lahir
dipermulaan langkah menuju Allah itu akan menjadi penawar yang sangat mujarab
untuk mengharungi segala kepahitan di dalam pencarian hakikat ketuhanan itu di
hari-hari yang mendatang.”